Friday, January 28, 2011

Orang Gagah Mengawal Marah

           Semua orang tidak terlepas dari sifat marah ini,bahkan Allah juga murka dalam beberapa keadaan terhadap hambanya. Hal ini demikian apabila seseorang itu marah,Pintu Masuk Syaitan yang utama akan terbuka.Sebab itu,kalau kita lihat zaman sekarang ini,kes-kes macam mendera isteri,simbah asid la,tumbuk isteri,tetak suami berlaku.
Realitinya,mereka ini berada dalam keadaan marahnya yang tidak terkawal.


         Rasulullah pernah bersabda , hadis riwayat Bukhari dan Muslim ,"Tidaklah seseorang itu dikira kuat apabila menang bergusti,, tetapi seseorang itu dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila mampu mengawal dirinya ketika marah "



 Kesan paku pada tembok batu .


Said seorang yang teramat pemarah , Dia sememangnya tidak dapat mengawal marahnya walaupun berdepan masalah kecil.Suatu hari, ibunya menghadiahinya sekotak paku lalu berkata ,


"Setiap kali kamu marah anakku,kamu pakulah tembok batu(sangat keras) di hadapan rumah kita itu bagi melepaskan kemarahanmu."


Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku.Namun,Setelah beberapa minggu,bilangan paku itu berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit apabila dia semakin berupaya mengawal kemarahannya.Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali.Dia gembira lantas memberitahu ibunya hal tersebut.Ibunya kemudian menyuruh Said mencabut semula paku-paku tersebut.



Ibunya seraya berkata kepadanya,

"Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan pada tembok batu itu.Tembok batu itu tidak lagi seperti dulu.Jika engkau melakukan sesuatu perkara ketika marah ,ia akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti tembok ini.



* dipetik dari majalah SOLUSI isu 28 , dapatkan segera ea!! =)

No comments:

Post a Comment