Saturday, January 29, 2011

Lelaki Soleh pun Cemburu

* Dipetik Dari Karang Fatimah Syarha Dalam SOLUSI Isu 28

muka depan Solusi 28


Kita sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Kita sedang ternanti-nanti panggilan dari si dia?Kita sedang menuggu saat dapat bertembung dengannya?Kita sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?
Jika YA, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu

Ibn Qayyim al Jawziyyah said : "Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepada-Nya,adn ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain dari Dia"

Namun,cemburu Allah adalah tanda besarnya Cinta-Nya.


Umar Al-Khattab


Umar bin Al Khattab tidak kurang besar cemburunya.Pernah isterinya keluar untuk solat jemaah di masjid.Daripada riak wajahnya , isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu.Lalu , isterinya berkata : "Jika kanda melarang ,dinda takkan pergi."Umar diam sahaja kerana teringat pesan Nabi SAW yang bermaksud , "Janganlah kamu melarang para wanita pergi ke masjid ."(Riwayat al-Bukhari,Ahmad dan Abu Daud)


Ibn Umar 


Hammad Bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar terdengar seorang lelaki berbicara dengan isterinya dari balik tembok . Antara mereka ada hubungan kekeluargaan,namun Ibn Umar tidak mengetahuinya.Lalu,Die mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan


Muaz Bin Jabal


Al-Kharaiti menyebut daripada Muaz Bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya.Lalu masuklah hambanya menemuinya.Kemudian Si Isteri memberikan epal yang telah dimakannya sebentar tadi kepada hambanya itu.Muaz berasa cemburu,sehingga die bertindak memukul isterinya.



* moga korg mendapat input berguna =)

1 comment: