Thursday, February 17, 2011

Hahaha...Klakar2


Hahaha..bes2...
kreatif,inovatif,kritis,kempis..
haha..

ulang la banyak kali...

Wednesday, February 2, 2011

Diam vs Bising

Bila suasana bising,



"woi!!bising la.sakit telinga kau tahu?!?"tu la.Kalau bising bagi tazkirah takpe la juga en.Ini, pantang cikgu takde. Tak sampai sedetik,kerusi dah siap pusing belakang,ingatkan nak discuss apa yang tak paham tadi.haha.
Sebenarnya time cikgu duk ngajar tadi,dah siap list dah,benda apa nak borak lepas ni.salah satunya,

"woi x2,kau tengok tak citer bujang sepah semalam?haha..kelakar siut~"si pulan X memulakan bual bicara selepas subjek AddMath.

Tapi tak salah pun.Sebab,ada orang suka suasana ceria,ada orang sakit kepala,nyampah.Itulah dia manusia, mana pernah perfect.Kalau budak bising,senang je.Dia memang banyak cakap,so kadang-kadang benda yang dia cakap tu dia main lepas je.So,dah ada slack kat situ.tapi orang suka dengan mereka ni.Sebab diorang sangat friendly,peramah.Even time perhimpunan pun,diorang boleh gosip2.tu yang sampai Pengetua marah cakap sorang-sorang kat depan tu. 



Bila senyap pulak,


                           


"Alamak...kau ni,tyme orang suruh cakap,kau cakap la.time ULBS pun turut sunyi.apa kes~?!?"wakaka.
Kasihan juga sebenarnya mereka-mereka yang pendiam sikit ni.Sebab kadang-kadang orang malas nak kawan dengan dia,tak tahu nak borak apa.tu takpe lagi,ni camne..
"woi,dak tu aphal senyap sangat.bisu apa?"bisik rakan-rakan gosip di seberang jalan.

Tapi dorang pun ada kelebihan juga sebenarnya.Bak kata moyang aku,Diam-diam ubi berisi.lazat.Kiranya orang diam ni gemuk la.berisi.Hahaha..hambar sikit.Diorang ada potensi untuk buat sesuatu di luar jangkaan.So,nanti bila dorg berjaye..orang ckp camni.
"woah!hebatlah budak tu.diam-diam pandai rupenya."
tak kembang orang dengar?haha...


Sebab tu dalam dunia ni,
ada orang bising,and ada orang senyap.Allah nak bagi seimbang.Kan Allah itu maha adil.MasyaAllah.

SO,pada pendapat gue yang tak seberapa ni.
Kita buat sesuatu,fikirlah dulu.Janganlah suka wat bising sangat.sampai orang laen naik nyampah.And banyak2kanlah tazikrah tu.hehe..
Tapi,kalau tade keperluan,better senyap rite.cube cari kerja nak buat.baru nampak mcm rajin sikit.haha..(betul-betulkan niat tu)


Sunday, January 30, 2011

Nazmi - Kau tipu2 ak lagi~

Jinta Malang

PENGUMUMAN

JINTA MALANG THE SERIES

Setakat 29 Januari 2011,

Kami ingin menyatakan bahawa kisah Jinta Malang telah masuk epsiod 5,
dan sukacita dimaklumkan bahawa, kisah ini telah mendapat sambutan yang hangat lagi hangit.
Oleh hal demikian,

Kisah ini akan dipindahkan ke blog baru kami (pdot selasih & amir teratai) pada 31 Januari.

Kepada Peminat setia kisah Jinta Malang,anda boleh dapatkan sambungan kisah ini di blog yang tertera ,

budugebang.blogspot.com

Saturday, January 29, 2011

Lelaki Soleh pun Cemburu

* Dipetik Dari Karang Fatimah Syarha Dalam SOLUSI Isu 28

muka depan Solusi 28


Kita sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang yang bukan mahram?Kita sedang ternanti-nanti panggilan dari si dia?Kita sedang menuggu saat dapat bertembung dengannya?Kita sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?
Jika YA, anda sedang membuatkan Kekasih Agung anda sangat cemburu

Ibn Qayyim al Jawziyyah said : "Allah SWT cemburu terhadap hati hamba-Nya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepada-Nya,adn ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain dari Dia"

Namun,cemburu Allah adalah tanda besarnya Cinta-Nya.


Umar Al-Khattab


Umar bin Al Khattab tidak kurang besar cemburunya.Pernah isterinya keluar untuk solat jemaah di masjid.Daripada riak wajahnya , isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu.Lalu , isterinya berkata : "Jika kanda melarang ,dinda takkan pergi."Umar diam sahaja kerana teringat pesan Nabi SAW yang bermaksud , "Janganlah kamu melarang para wanita pergi ke masjid ."(Riwayat al-Bukhari,Ahmad dan Abu Daud)


Ibn Umar 


Hammad Bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar terdengar seorang lelaki berbicara dengan isterinya dari balik tembok . Antara mereka ada hubungan kekeluargaan,namun Ibn Umar tidak mengetahuinya.Lalu,Die mengumpulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan


Muaz Bin Jabal


Al-Kharaiti menyebut daripada Muaz Bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya.Lalu masuklah hambanya menemuinya.Kemudian Si Isteri memberikan epal yang telah dimakannya sebentar tadi kepada hambanya itu.Muaz berasa cemburu,sehingga die bertindak memukul isterinya.



* moga korg mendapat input berguna =)

Friday, January 28, 2011

Orang Gagah Mengawal Marah

           Semua orang tidak terlepas dari sifat marah ini,bahkan Allah juga murka dalam beberapa keadaan terhadap hambanya. Hal ini demikian apabila seseorang itu marah,Pintu Masuk Syaitan yang utama akan terbuka.Sebab itu,kalau kita lihat zaman sekarang ini,kes-kes macam mendera isteri,simbah asid la,tumbuk isteri,tetak suami berlaku.
Realitinya,mereka ini berada dalam keadaan marahnya yang tidak terkawal.


         Rasulullah pernah bersabda , hadis riwayat Bukhari dan Muslim ,"Tidaklah seseorang itu dikira kuat apabila menang bergusti,, tetapi seseorang itu dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila mampu mengawal dirinya ketika marah "



 Kesan paku pada tembok batu .


Said seorang yang teramat pemarah , Dia sememangnya tidak dapat mengawal marahnya walaupun berdepan masalah kecil.Suatu hari, ibunya menghadiahinya sekotak paku lalu berkata ,


"Setiap kali kamu marah anakku,kamu pakulah tembok batu(sangat keras) di hadapan rumah kita itu bagi melepaskan kemarahanmu."


Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 batang paku.Namun,Setelah beberapa minggu,bilangan paku itu berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit apabila dia semakin berupaya mengawal kemarahannya.Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali.Dia gembira lantas memberitahu ibunya hal tersebut.Ibunya kemudian menyuruh Said mencabut semula paku-paku tersebut.



Ibunya seraya berkata kepadanya,

"Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan pada tembok batu itu.Tembok batu itu tidak lagi seperti dulu.Jika engkau melakukan sesuatu perkara ketika marah ,ia akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti tembok ini.



* dipetik dari majalah SOLUSI isu 28 , dapatkan segera ea!! =)

Raja Lawak 5

 Minggu ke-4 sudah,jadi..

Macam biasa,nazmi memang hardcore lawak.usus aku pun nak gelak skali.
"ko tipu-tipu aku~!!" trademark dia kali ni.
seriously freaking funny.

but just 4 laugh.gags

minggu nie KOPI O keluar.memang tak lawak langsung..haha